Sunday 10 March 2013

VIDEO








EMPAYAR MELAKA




SAMBUNGAN......BAB 5










BAB 5....KEGEMILANGAN MELAKA


PENTADBIRAN YANG SISTEMATIK














PUSAT PERDAGANGAN

                                           
                                    

                                            

                                                    
                                         

BERSAMBUNG............................

BAB 4....PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA






(1)   Parameswara Pengasas Kesultanan Melayu Melaka
a)    Kedatangan Parameswara
1.     Selepas kejatuhan kerajaan Srivijaya di Palembang, muncul kerajaan Majapahit.
2.     Majapahit kuasai  Palembang dan  Temasik.
3.     Raja Palembang & puteranya(Parameswara) berusaha bebaskan penguasaan Majapahit di Palembang
4.     Majapahit menyerang Palembang,
5.     Parameswara berundur ke Temasik.
6.     Di Temasik, Parameswara disambut baik Temagi
7.     Temasik  di bawah naungan Siam.
8.     Parameswara menuntut hak pertuanan Temasik kerana Temasik pernah jadi  naungan Srivijaya.
9.    Parameswara  bunuh Temagi.
10. Majukan Temasik bagi kembalikan kegemilangan Srivijaya
11.  Pembunuhan Temagi menyebabkan :
i.  Siam ingin menuntut bela,
ii. Majapahit ingin menakluki Temasik.
12.  Parameswara dan Orang Laut  berpindah ke Muar untuk mengelakkan serangan Siam dan Majapahit.
13.  Dari Muar –  ke Sening Ujung dan Bertam menuju ke utara.
14.  Tiba di perkampungan nelayan.
15.  Perkampungan nelayan didiami oleh orang Melayu,, Orang Laut dan  Orang Asli.
16.  Tempat sesuai kerana berhampiran laut – laluan kapal dagang dan mudah memperoleh bekalan air
17.  Muka bumi berbukit-bukau – petunjuk kpd pelayar & memudahkan urusan mengawal Selat Melaka.
18.  Pokok bakau dan api-api menjadi benteng jadi.pertahanan dan pelindung semula
19.  Muara sungai yang terlindung daripada tiupan angin monsun tidak mengganggu kegiatan perdagangan.
(2)   Asal-usul nama Melaka.
a)    Berasal daripada nama pokok.
1.     Parameswara berehat di bawah pokok Melaka – terlihat pelanduk menendang anjing perburuannya.
2.     Peristiwa dianggap luar biasa kerana pelanduk yang kecil mampu mengalahkan anjing.
3.     Tempat tersebut didirikan kerajaan
4.  Menamakan nama Melaka sempena nama pokok
b)    Berasal daripada istilah Arab.
1.     Pedagang Arab – Melaka “Mulaqah” bermaksud “pertemuan”.
2.     Melaka disebut “Malakat” bermaksud “perhimpunan segala dagang”.
c)     Berasal daripada bahasa Sanskrit.
1.     Pokok Melaka bahasa Sanskrit dikenali  “Amalaka”.
2.     Menurut mitos Hindu, “Amalaka” ialah pokok pertama yang hidup di alam semesta.
3.     Pokok dikaitkan tempat kediaman tuhan agama Hindu iaitu Brahma, Vishnu dan Shiva.
4.     Buah pokok – dikatakan mempunyai kuasa ajaib.
(3)   Kegigihan Parameswara
a)    Sistem pemerintahan yang teratur.
1.     Pembesar bertangungjawab hal ehwal balairung seri.
2.     40 orang bentara – jalankan perintah raja.
3.     Biduanda kecil – bawa alat-alat kebesaran diraja.
4.     Biduanda dikenali sebagai  budak kundang, budak raja, juak-juak,  hamba dan  orang suruhan raja.
b)    Kemudahan pelabuhan.
1.     Kemudahan  di pelabuhan –  baiki kapal,bekalan air
2.     Sediakan tempat penginapan
c)     Hubungan diplomatik
1.     Hubungan dgn Siam- elakkan Melaka dari diserang
2.     Hubungan diplomatik dengan Siam -  pengiktirafan Siam ke atas kedaulatan Melaka.
3.     Hubungan dgn China terjalin apabila Laksamana Yin Ching.datang
4.     Laksamana Cheng Ho melawat Melaka
5.     Parameswara memohon perlindungan China.
6.    Melaka menjadi negeri naungan China
7.    Melaka hantar ufti.
8.     Kerajaan China mengurniakan  payung kuning,    cap mohor dan  sepersalinan pakaian
9.     Melaka hantar utusan ke negeri China.
10.  Hubungan Melaka dan China menyebabkan Siam dan Majapahit tidak berani menyerang Melaka.
11.  Hubungan Melaka-China bangunkan perdagangan
d)    Bantuan / Peranan orang laut
1.     jaga keselamatan perairan Melaka.
2.     mempunyai ciri pahlawan
3.     mahir bidang kelautan dan selok-belok Selat Melaka
4.     taat dan setia kepada sultan dan kerajaan Melaka.
5.     bantu bawa barang dagang ke kapal pedagang .
6.     bekalkan hasil laut untuk kegiatan perdagangan
7.     Menurut Tome Pires & de Barros pusat petempatan Orang Laut di Bentan, Temasik dan Lingga.
e)     Ikatan konsep daulat.
1.     Parameswara dibantu oleh rakyatnya :
i. Orang Melayu
ii. Orang Laut
iii. Orang Asli.
2.     Orang Asli bekalkan hasil hutan .
3.     Orang Laut bekalkan hasil laut dan menjaga keselamatan Selat Melaka.
4.     Orang Melayu menjadi ketua-ketua masyarakat
5.     Orang Melayu dilantik sebagai pembesar seperti hulubalang dan biduanda dalam pentadbiran Melaka.
(4) Rumusan
  1. Parameswara  bijak mengatur strategi.
  2. Sifat kepemimpinan dan wawasan Parameswara sewajarnya dicontohi.
  3. Keyakinan dan kegigihan Parameswara telah membangunkan Melaka.

Saturday 9 March 2013

BAB 3 - KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA

 


Kerajaan Awal Di Asia Tenggara

1. Sejarah kerajaan awal di Asia Tenggara di bahagikan kepada dua kerajaan iaitu

a) Kerajaan agraria
b) Kerajaan maritim

2. Kerajaan agraria terdiri darupada kerajaan Funan dan kerajaan Angkor
3. Kerajaan maritim terdiri daripada kerajaan Champa, kerajaan Srivijaya, kerajaan Majapahit
kerajaan Kedah Tua dan kerajaan Chih Tu


Kerajaan Agraria



1. Kerajaan Agraria adalah kerajaan yang terletak di pedalaman dan ekonominya bergantung kepada pertanian.

2. Kerajaan ini terletak di lembangan sungai dan kawasan pedalaman.

3. Antara kerajaan ini ialah kerajaan Funan dan kerajaan Angkor. Kedua-dua kerajaan ini
Lembah Mekong

4. Pada peringkat permulaan, kegiatan utama masyarakat ini ialah
a. Mengutip hasil hutan
b. Berburu
c. Menangkap ikan

5. Setelah tinggal menetap, mereka mula menjalankan kegiatan pertanian secara tetap dan
menternak binatang

6. Hasil utama pertanian ialah ubi taro, padi huma dan padi sawah

7. Penggunaan air amat penting dalam aktiviti pertanian dan penternakan. Oleh yang demikian,
membina empangan dan terusan untuk menjalankan pertanian dan penternakan binatang

8. Benteng dan terusan ini dapat membekalkan air untuk mengairi kawasan pertanian seperti
sawah padi

9. Raja atau pemerintahh pula bertanggungjawabb membina terusan dan menguruskan sistem
pengairan yang dibina

10. Kegigihan masyarakat agraria ini berjaya membina kerajaan yang terkenal seperti
kerajaan Funan dan kerajaan Angkor

11. Pertanian merupakan sumber ekonomi utama bagi kedua-dua kerajaan ini

12. Kegigihan rakyat serta kerjasama antara pemerintah dengan rakyat telah berjaya menguasai teknologi pembinaan terusan dan saliran akhirnya membentuk sebuah kerajaan agraria
yang kuat

13. Ini terbukti pertanian juga dapat membantu sebuah kerajaan menjadi maju jika diusahakan
dengan gigih

Kerajaan Maritim

1. Kerajaan maritim terletak di persisiran pantai dan masyarakatnya menjalankan kegiatan
yang berkaitan dengan laut seperti perdagangan.

2. Sungai dan laut dijadikan sebagai sistem perhubungan utama

3. Keadaan ini menyebabkan munculnya pelabuhan-pelabuhan yang berfungsi dalam
kegiatan perdagangan

4. Pelabuhan-pelabuhan kerajaan maritim menyediakan pelbagaii kemudahan
seperti bekalan air, tempat menyimpan barang dan pasar atau kawasan jual beli

5. Segala kemudahan yang disediakan adalah untuk memberi keselesaan kepada
pedagang-pedagang sementara menunggu perubahan angin untuk belayar

6. Antara kerajaan maritim yang terkenal di sekitar Selat Melaka dan Laut China Selatan
ialah seperti Kerajaan Cih Tu, Champa dan Kedah Tua

7. Kawasan sekitar Selat Melaka dan Laut Jawa pula muncul kerajaan Srivijaya

8. Pedagangan kerajaan Maritim meliputi kawasan sekitarnya, serantau, perdagangan
antarabangsa dan entrepot

9. Pelabuhan entrepot berfungsi sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran barang

10. Barangan dari kawasan pedalaman dan pulau yang berhampiran ialah seperti
hasil hutan, rempah ratus, ubat-ubatan, damarm gaharu dan cendana

11. Pedagang dari Negara China, India, Arab dan Eropah amat memerlukan barangan ini.
Barangan ini dijual dengan harga yang mahal

12. Aktiviti perdagangan seperti ini membawa kepada perdagangan bercorak antarabangsa

13. Oleh sebab perdagangan adalah aktiviti ekonomi utama kerajaan meritim, masyarakat
maritim sudah tentu mahir dalam tekknologi pembinaan kapal.



NOTA BAB 2 ~~ zAmAn pRa s3jaRaH~~







BAB 2 :: ZAMAN PRA SEJARAH::




  • ZAMAN PALEOLITIK
1. Ahli sejarah berpendapat Zaman Paleolitik meliputi tempoh masa 200 000 tahun hingga
300,000 tahun dahulu

2. Ciri-ciri masyarakat Zaman Paleolitik adalah seperti berikut:

Lokasi

I. Kota Tampan, Perak
ii Bukit Jawa, Perak
iii Bukit Bunuh, Lenggong, Perak
iv Gua Niah, Sarawak
v Tingkayu, Sabah

Ciri-ciri penempatan dan masyarakat

i. Hidup berpindah randah atau nomad
ii.Tinggal di gua dan sekitar kawasan tasik


Kegiatan utama
i. Memburu binatang
ii.Memunggut hasil hutan seperti buah-buahan
iii.Mengamalkan cara hidup sara diri


Peralatan
i.Menggunakan alat batu untuk menumbuk, memburu dan mempertahankan diri dalam
kehidupan seharian


Kepercayaan
i. Mengamalkan kepercayaan animisme
ii Mengamalkan upacara perkuburan
  • ZAMAN NEOLITIK
1. Mengikut para pengkaji sejarah, Zaman Neolitik bermula 7000 tahun dahulu
2. Ciri-ciri masyarakat zaman ini adalah seperti berikut:


Lokasi di Malaysia
i. Gua Cha, Kelantan
ii. Bukit tengkorak, Sabah

Ciri - ciri penempatan dan masyarakat

i. Tinggal di gua yang berhampiran dengan sungai
ii. Membuat pembahagian kerja
iii. Wujud sistem bermasyarakat
iv. Mempunyai seorang ketua

Kegiatan utama

i. Bercucuk tanam
ii. Menangkap ikan
iii.Menternak binatang
iv.Berburu
v. Memungut hasil hutan
vi.Membuat barang kemas seperti kalung, anting-anting dan gelang

Peralatan

i. Menggunakan alat batu seperti beliung dan pemukul kulit kayu
ii. Mencipta tembikar, bekas air, periuk dan belanga

Kepercayaan

i. Mengamalkan kepercayaan animisme


  • ZAMAN LOGAM
1. Zaman logam bermula kira-kira 4000 tahun dahulu. Manusia telah mula mencipta alat gangsa dan besi

2. Antara ciri-ciri Zaman Logam ialah

Lokasi

i. Sungai Tembeling, Pahang
ii. Gua Harimau, Perak
iii. Chankat Menteri, Perak

Ciri-ciri penempatan dan masyarakat

i. Suka hidup secara menetap di satu tempat
ii. Penempatan berdekatan dengan sungai dan ada segelintir tinggal di gua
iii. Mempunyai adat resam


Kegiatan utama

i. Bercucuk tanam
ii. Menangkap dan menternak binatang
iii. Berburu
iv. Berdagang secara bertukar barang

Peralatan

i. Mencipta alat logam daripada gangsa dan besi

Kepercayaan

i. Sudah mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup tertentu
ii. Mengamalkan upacara pengebumian menggunakan kepingan batu

Tuesday 5 February 2013

SEJARAH DAN KITA

.:PEngERTiaN SeJARaH:.


Ibn Khaldun

Menurut Ibn Khaldun, sejarah bermaksud perabadan,
 perubahan dan sifat- sifat masyarakat manusia.


Herodotus
Manakala menurut Herodotus, sejarah bermaksud penceritaan tindakan manusia dan sebab-sebab manusia melakukanya.



 .:Ciri-ciri sejarah:.                                

  • Tepat dan benar: Mengistiharaan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan.
  • Penting dan bermakna: sambutan Hari Kemerdekaan 
  • Sebab dan akibat : Sebab-sebab kemasukan imigran Cina / India

.:SumBer - suMbeR SejaRah:.

--> sumber pertama: sumber asli yang belum diolah,
       contoh 

Candi Kedah Tua

Batu Bersurat


-->  sumber kedua : fakta yang telah diolah dan diterbitkan. contoh



Journal

Majalah



.: KaeDah MenDaPat SumBEr SejARah:.

--> Kaedah LISAN 
(temubual, ucapan,cerita/pengisahan)
tiada kebenaran atau kesahihan diragui kerana 
ditokok tambah dengan sastera rakyat seperti mitos, dongeng, lagenda dan puisi.

--> Kaedah BERTULIS / Catatan penulisan ahli sejarah dahulu seperti manuskrip.

--> Kaedah ARKEOLOGI (cari gali)Sumber sebenar, seperti: fossil, batu bersurat dan  artifak di gua.