Saturday 9 March 2013

BAB 3 - KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA

 


Kerajaan Awal Di Asia Tenggara

1. Sejarah kerajaan awal di Asia Tenggara di bahagikan kepada dua kerajaan iaitu

a) Kerajaan agraria
b) Kerajaan maritim

2. Kerajaan agraria terdiri darupada kerajaan Funan dan kerajaan Angkor
3. Kerajaan maritim terdiri daripada kerajaan Champa, kerajaan Srivijaya, kerajaan Majapahit
kerajaan Kedah Tua dan kerajaan Chih Tu


Kerajaan Agraria



1. Kerajaan Agraria adalah kerajaan yang terletak di pedalaman dan ekonominya bergantung kepada pertanian.

2. Kerajaan ini terletak di lembangan sungai dan kawasan pedalaman.

3. Antara kerajaan ini ialah kerajaan Funan dan kerajaan Angkor. Kedua-dua kerajaan ini
Lembah Mekong

4. Pada peringkat permulaan, kegiatan utama masyarakat ini ialah
a. Mengutip hasil hutan
b. Berburu
c. Menangkap ikan

5. Setelah tinggal menetap, mereka mula menjalankan kegiatan pertanian secara tetap dan
menternak binatang

6. Hasil utama pertanian ialah ubi taro, padi huma dan padi sawah

7. Penggunaan air amat penting dalam aktiviti pertanian dan penternakan. Oleh yang demikian,
membina empangan dan terusan untuk menjalankan pertanian dan penternakan binatang

8. Benteng dan terusan ini dapat membekalkan air untuk mengairi kawasan pertanian seperti
sawah padi

9. Raja atau pemerintahh pula bertanggungjawabb membina terusan dan menguruskan sistem
pengairan yang dibina

10. Kegigihan masyarakat agraria ini berjaya membina kerajaan yang terkenal seperti
kerajaan Funan dan kerajaan Angkor

11. Pertanian merupakan sumber ekonomi utama bagi kedua-dua kerajaan ini

12. Kegigihan rakyat serta kerjasama antara pemerintah dengan rakyat telah berjaya menguasai teknologi pembinaan terusan dan saliran akhirnya membentuk sebuah kerajaan agraria
yang kuat

13. Ini terbukti pertanian juga dapat membantu sebuah kerajaan menjadi maju jika diusahakan
dengan gigih

Kerajaan Maritim

1. Kerajaan maritim terletak di persisiran pantai dan masyarakatnya menjalankan kegiatan
yang berkaitan dengan laut seperti perdagangan.

2. Sungai dan laut dijadikan sebagai sistem perhubungan utama

3. Keadaan ini menyebabkan munculnya pelabuhan-pelabuhan yang berfungsi dalam
kegiatan perdagangan

4. Pelabuhan-pelabuhan kerajaan maritim menyediakan pelbagaii kemudahan
seperti bekalan air, tempat menyimpan barang dan pasar atau kawasan jual beli

5. Segala kemudahan yang disediakan adalah untuk memberi keselesaan kepada
pedagang-pedagang sementara menunggu perubahan angin untuk belayar

6. Antara kerajaan maritim yang terkenal di sekitar Selat Melaka dan Laut China Selatan
ialah seperti Kerajaan Cih Tu, Champa dan Kedah Tua

7. Kawasan sekitar Selat Melaka dan Laut Jawa pula muncul kerajaan Srivijaya

8. Pedagangan kerajaan Maritim meliputi kawasan sekitarnya, serantau, perdagangan
antarabangsa dan entrepot

9. Pelabuhan entrepot berfungsi sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran barang

10. Barangan dari kawasan pedalaman dan pulau yang berhampiran ialah seperti
hasil hutan, rempah ratus, ubat-ubatan, damarm gaharu dan cendana

11. Pedagang dari Negara China, India, Arab dan Eropah amat memerlukan barangan ini.
Barangan ini dijual dengan harga yang mahal

12. Aktiviti perdagangan seperti ini membawa kepada perdagangan bercorak antarabangsa

13. Oleh sebab perdagangan adalah aktiviti ekonomi utama kerajaan meritim, masyarakat
maritim sudah tentu mahir dalam tekknologi pembinaan kapal.



1 comment: